haii haii korang sume , trimass kerana usha bloggs saia . sila tinggalkan kumenn setelah masokk ke bloggs ini yeah ! trimass ~ :DD

14 February 2011

1Malaysia 1Ummah Pemangkin Masyarakat Majmuk

Kita akan menyambut Maulidur Rasul sebagai tanda kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang dilahirkan di dunia ini sebagai rahmat untuk seluruh alam. Kewujudan Nabi itu sendiri adalah pelengkap kehidupan kita dalam erti hidup beragama dalam mencari redha Allah di muka bumi ini dengan mendengar ajaran dan suruhan Nabi SAW yang didatangkan wahyu oleh Allah sebagai petunjuk manusia dalam mencari kebenaran.
Orang yang tidak cintakan Nabi Muhammad SAW adalah orang yang bangkrap dan rugi bukan sahaja didunia malah hari kiamat. Nabi sendiri dalam sejarah peradaban dunia telah diiktiraf sebagai manusia nombor wahid yang paling berpengaruh di muka bumi ini mengatasi orientalis dan cerdik pandai mereka-mereka yang pernah hidup dan lahir yang juga digelar 'extra ordinary human'
Dalam kita menyambutnya pastilah ada pelbagai rupa dan gaya manusia persembahkan mengikut kefahaman yang mereka rasa betul dan adakalanya terkhilaf dan lupa bahawa perbuatan bid'ah yang hasanah ini boleh menjadi bid'ah dalalah. Banyak untuk kita senaraikan di sini dan boleh di kongsi bersama. Manusia beranggapan betul dalam semua hal walhal mereka sebenarnya di belit oleh Iblis.
Sebagai contoh, kutipan derma dan sumbangan yang tidak diurus dengan betul. Belanja dengan mewah, melampau dan akhirnya membazir dengan kata mereka ini kan Maulid Nabi, kita mesti buat yang paling 'special' dan terbaik. Sesetengah masjid dan surau memang hebat hingga berjaya mengutip derma lebih dari belanjawan dan perbelanjaan sehingga pening jawatankuasa pentadbiran untuk disimpan ke tahun hadapan. Makanya timbul istilah baru derma untuk Maulidur Rasul dan Kebajikan.
Lihat pula orang yang menyiapkan makanan, mereka ini sesetengahnya rasa dan hebat macam syurga mak ayah dia yang punya, kebersihan tidak di jaga, percampuran lelaki dan perempuan tiada batasan, gurau senda yang melampau sehingga boleh dimajoritikan mereka ini tak dengar pun ceramah Maulidur Rasul dengan alasan sibuk menyediakan makan untuk tetamu dan jemaah yang hadir. Apa salahnya disiapkan ini semua kemudian dengar ceramah bersama-sama.
Waktu ceramah juga adalah waktu puncak anak-anak dibiarkan tanpa kawalan dan pengawasan dari ibubapa. Maka hasilnya ramai yang tidak dapat menumpukan perhatian mendengar isi ceramah dan ada kalanya menggangu dalam penyampaian ulama atau Ustaz yang berceramah.
Johor negeri yang hebat, sambutan Maulidur Rasul disini adakalanya sampai 5 bulan dan rapat hampir nak masuk Ramadhan.Maulidur Rasul Begitulah semangat orang Johor yang kuat Umnonya. Sibuk menganjurkan tetapi berpuluh tahun hidup tidak dapat juga menghayati erti sebenar kelahiran Nabi itu sendiri yang di utuskan untuk membebaskan manusia dari kebebalan jahilyah dan assobiyah sempit.
Tahun ini tema Maulidur Rasul peringkat kebangsaan ialah Satu Malaysia Satu Ummah. Di mana cacat celanya istilah ini, sudah tentulah pada 'satu'. Kerajaan yang ada sekarang ini memang tak reti bahasa agama, ini sendiri nak dilibatkan dalam agenda sempit politik Umno. Bukankah gagasan Satu Malaysia ini telah dilihamkan oleh yahudi yang berkempen Satu Israel untuk menang pilihanraya Israel.
Tolonglah Malaysia, jangan yahudikan Maulidur Rasul....

No comments:

Post a Comment

sile tinggalkan pesanan anda disini .
Terima Kasih ~